CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Anugerah Hidupku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, 30 April 2012

~ Mari belajar bunyi fonik - bahagian 1 ~~

Sebelum ini kita sudah belajar bagaimana bunyi fonik..Namun pasti ramai yang masih belum mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana bunyi fonik itu terhasil.. Pada kali ini saya akan menayangkan video mengenai bunyi fonik dengan lebih jelas..Jom kita sebut sama-sama...Pastikan bunyi yang terhasil adalah tepat ye...



Jumpa lagi pada masa akan datang dengan pembelajaran fonik bahagian 2 pula....tunggu ye...

Tuesday, 24 April 2012

~~ Jom Belajar Fonik ~~

Mari belajar fonik...Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Selamat menonton dan belajar....

Monday, 23 April 2012

~~ Golongan Kata ~~

Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar:
Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik.

KATA NAMA
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama amnama khasganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.


KATA KERJA
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif   ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).



ADJEKTIF
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.



KATA TUGAS
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata namakata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.
Terdapat 17 jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu:
  1. Kata adverba
  2. Kata hubung
  3. Kata sendi
  4. Kata seru
  5. Kata bantu
  6. Kata perintah
  7. Kata pangkal ayat
  8. Kata bantu
  9. Kata penguat
  10. Kata penegas
  11. Kata nafi
  12. Kata pemeri
  13. Kata pembenar
  14. Kata arah
  15. Kata bilangan
  16. Kata penekan
  17. Kata pembenda




Thursday, 19 April 2012

~~ Mari Belajar... Kata Hubung ~~

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
  • perkataan dengan perkataan;
  • rangkai kata dengan rangkai kata; dan
  • ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
  1. Kata hubung gabungan
  2. Kata hubung pasangan



KATA HUBUNG GABUNGAN




KATA HUBUNG PANCANGAN



KATA HUBUNG PASANGAN

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..
Contoh ayat:
  • Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
  • Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Siapa Saya?


comel tak saya kawan-kawan? hehehe.. cubalah teka siapa saya....
jeng..
jeng..
jeng..

saya ialah TANDA BACA... pandai kawan-kawan >,<
mari saya terangkan dengan lebih jelas mengenai diri saya.....

Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis.

untuk lebih jelas... kawan-kawan boleh lihat di website ini...



Tuesday, 17 April 2012

~~ Hari Fiesta Etnik Fakulti Pendidikan UKM..cungkil bakat pelajar universiti ~~

Bertempat di Fakulti Pendidikan UKM, bersempena Hari Fiesta Etnik..Mahasiswa  fakulti pendidikan UKM diberi peluang menyertai pelbagai program menarik yang berlangsung..antara program yang berlangsung adalah pertandingan booth tercantik, pertandingan memasak masakan etnik , pertandingan mewarna dan pelbagai lagi. 
















Walaupun Fiesta Etnik ini diadakan dalam masa yang singkat iaitu 1 hari, namun program ini dapat memberi manfaat yang begitu baik terutama kepada mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM. Selain dapat mengeratkan hubungan sillaturahim sesama mahasiswa dan juga dalam kalangan pensyarah..program ini juga dapat mencungkil bakat dalam kalangan mahasiswa itu sendiri..

~~ Pengalaman berilmu melalui bulan April...Bulan Kesedaran Autisme ~~~

Pada 15 April lalu..saya dan rakan-rakan berpeluang mengikuti program siaran langsung Apa Kata Wanita di Angkasapuri. Melalui program ini, saya serba sedikit terdedah dengan kehidupan keluarga kanak-kanak Autisme. Namun begitu, program ini hanya sekejap dan saya masih belum puas mendekati kehidupan keluarga kanak-kanak Autisme ini.


                                         










Tidak pasti berapa ramai yang tahu tentang tarikh 02 April  adalah hari Kesedaran Autisme Sedunia. Namun yang nyata ramai masih tidak tahu mengenai tarikh itu dan tentang autisme itu sendiri.  Banyak program diaturkan dalam bulan April ini. Antaranya ialah : 





02 April 2012 - Pelancaran Album Mini Umar Hasfizal (seorang remaja autisme) di Bentley Music

02 April 2012 - Liputan secara langsung di Makmal Autisma UKM dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3

04 April 2012 - Liputan secara langsung di NTV7 bersama Pn. Hayati Jaafar dan anak remaja beliau Iddin.

06 April 2012 - Liputan secara rakaman di Makmal Autisma UKM dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3

08 April 2012 - Golf Amal Autisma UKM 2012

15 April 2012 - Walk for Autisme anjuran NASOM.


15 April 2012 - Liputan secara langsung di rancangan Apa Kata Wanita di TV1 








Tuesday, 3 April 2012

APA ITU KATA NAMA?

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama amnama khasganti nama dan nama terbitan.

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

KATA NAMA KHAS
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,Si Tompok, dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

KATA GANTI NAMA
Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya iniitu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
contoh ayat: 1)saya seorang yg rajin..

KATA NAMA TERBITAN
Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).