Pada 15 April lalu..saya dan rakan-rakan berpeluang mengikuti program siaran langsung Apa Kata Wanita di Angkasapuri. Melalui program ini, saya serba sedikit terdedah dengan kehidupan keluarga kanak-kanak Autisme. Namun begitu, program ini hanya sekejap dan saya masih belum puas mendekati kehidupan keluarga kanak-kanak Autisme ini.
Tidak pasti berapa ramai yang tahu tentang tarikh 02 April adalah hari Kesedaran Autisme Sedunia. Namun yang nyata ramai masih tidak tahu mengenai tarikh itu dan tentang autisme itu sendiri. Banyak program diaturkan dalam bulan April ini. Antaranya ialah :
02 April 2012 - Pelancaran Album Mini Umar Hasfizal (seorang remaja autisme) di Bentley Music
02 April 2012 - Liputan secara langsung di Makmal Autisma UKM dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3
04 April 2012 - Liputan secara langsung di NTV7 bersama Pn. Hayati Jaafar dan anak remaja beliau Iddin.
06 April 2012 - Liputan secara rakaman di Makmal Autisma UKM dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3
08 April 2012 - Golf Amal Autisma UKM 2012
15 April 2012 - Walk for Autisme anjuran NASOM.
15 April 2012 - Liputan secara langsung di rancangan Apa Kata Wanita di TV1
No comments:
Post a Comment