CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Anugerah Hidupku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday 23 April 2012

~~ Golongan Kata ~~

Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar:
Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik.

KATA NAMA
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama amnama khasganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.


KATA KERJA
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif   ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).



ADJEKTIF
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.



KATA TUGAS
Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata namakata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.
Terdapat 17 jenis kata tugas yang telah dikenal pasti dalam bahasa Melayu:
  1. Kata adverba
  2. Kata hubung
  3. Kata sendi
  4. Kata seru
  5. Kata bantu
  6. Kata perintah
  7. Kata pangkal ayat
  8. Kata bantu
  9. Kata penguat
  10. Kata penegas
  11. Kata nafi
  12. Kata pemeri
  13. Kata pembenar
  14. Kata arah
  15. Kata bilangan
  16. Kata penekan
  17. Kata pembenda




3 comments:

  1. penggunaan peta minda sangat membantu pelajar untuk memahami mengenai penggunaan kata hugung. dengan adanya peta minda pelajar akan lebih nampak apa yang mereka pelajari. dari sini saya juga dapat membantu pelajar dengan kaedah pengajaran yang berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..saya setuju dengan pendapat cikgu yana...sememangnya penggunaan peta minda sangat membantu para pelajar..semoga apa yang dikongsikan ini dapat membantu para guru dan juga pelajar...

      Delete
  2. peta minda ini juga memudahkan pelajar untuk membuat ulang kaji! :)

    ReplyDelete